Permulaan karier Noraliza_Yusof

Sebelum bergelar penyanyi, beliau bekerja sebagai seorang pereka fesyen dan batik. Selepas menyertai Bintang RTM, beliau telah menjadi penyanyi sepenuh masa. Pada tahun yang sama juga, beliau menjadi hos bagi rancangan Hiburan Minggu Ini yang diterbitkan oleh Noriah Letuar melalui siaran RTM.[1]

Pada tahun 1987, beliau telah mengeluarkan album pertamanya yang bertajuk Senangkah Ku Dilupai di bawah terbitan AN Production, sebuah syarikat rakaman milik Ahmad Nawab. Dua tahun kemudian, beliau mengeluarkan album kedua bertajuk Ku Tak Ingin Bermimpi di bawah terbitan Pacific Music Corporation (PMC).